Monday, 14 November 2011

Majlis Perpisahan PK KO dan GKTV

10 November 2011,sampailah masanya bagi PK KO En Sarudin dan GKTV Cik Ruslina meninggalkan SMKSI menuju ke tempat baru masing-masing. PK KO dinaikkan pangkat PK HEM di SMK Kota dan Cik Ruslina bertugas di tempat baru di SMK Kubang Krian 2. Satu majlis ringkas diadakan sebagai penghormatan terakhir Warga SMKSI untuk mereka berdua. Ucapan jutaan terima kasih kepada PK KO dan GKTV atas perkhidmatan cemerlang mereka sepanjang mereka berada di SMKSI daripada seluruh Warga SMKSI.
Ucapan Terakhir daripada PK KO

Ucapan Terakhir daripada GKTV

Sama-sama berpandangan jauuuuuuuuuuuuh.

PK KO bersalaman dengan para warga SMKSI

Biasalah air mata menggambarkan perasaan

Walaupun di luar panas.......namun air mencurah-curah

Kesempatan diambil untuk bergambar walaupun sedih

Wednesday, 9 November 2011

Selamat Datang GKTV dan PK KO Baharu

09 November 2011 kami warga SMKSI sangat berbesar hati menerima Guru Kanan Teknik Vokasional dan Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu. Guru Kanan Teknik Vokasional iaitu En Ahmad Bakri bin Hassan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Krian 2 dan Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Izani bin Awang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng. Selamat menjadi warga SMKSI


Kain Rentang Sambutan
GKTV menandatangani Buku Pelawat

PK Kokurikulum memberi ucapan sulong

Monday, 3 October 2011

Majlis Izin Ilmu

3 Okt 2011, Majlis Izin Ilmu diadakan bagi memberikan semangat dan dorongan terakhir kepada calon-calon PMR yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada 04 Okt 2011. Pengetua mengharapkan pencapaian PMR tahun ini adalah 71%. Insya Allah.

Ucapan Perasmian oleh Pengetua

Pelajar bersalaman dengan guru-guru. Mohon Izin Ilmu

Pelajar bersalaman dengan guru-guru. Mohon Izin Ilmu

Pelajar bersalaman dengan guru-guru. Mohon Izin Ilmu

Pelajar bersalaman dengan guru-guru. Mohon Izin Ilmu

Pelajar bersalaman dengan guru-guru. Mohon Izin Ilmu

Thursday, 29 September 2011

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin PMR

Bagi menghadapi peperiksaan PMR yang bakal tiba pada 04 Oktober 2011 ini, ibu bapa, guru-guru serta calon PMR SMKSI telah sama-sama mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin pada hari Khamis 29 Sept. 2011 di Surau SMKSI. Ini merupakan senjata terakhir setelah pelbagai usaha dilakukan. Semoga doa dan harapan warga SMKSI akan dimakbulkan......Insya Allah





Tuesday, 27 September 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KELAS CERIA DAN KONDUSIF

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KELAS CERIA DAN KONDUSIF
ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2011

TINGKATAN 5
                PERTAMA       :  5 AKIK 1 (GURU : EN. ASSUPI BIN MAT SAAD)
                KEDUA            :  5 ALPHA (GURU : PN.WAN KAMARIAH BINTI WAN OMAR)

TINGKATAN 4
                PERTAMA        : 4 AKIK 2 (GURU : PN. ZAINAB BINTI HARUN)
                KEDUA             : 4 ALPHA (GURU : EN. SUHAIMI BIN OMAR)

TINGKATAN 3
                PERTAMA         : 3 KRK 2 (GURU : PN. WAN SARIMAH BINTI WAN JAAFAR)
                KEDUA              : 3 ADIL (GURU : PN. MOORNI BINTI ABD RAHIM)

TINGKATAN 2
                PERTAMA         : 2 ADIL (GURU : PN. NUR SYAZWANI BINTI LI ABDULLAH)
                KEDUA              : 2 KRK 1 (GURU : PN. FARIDAH BINTI CHE KUB)

PIALA PENGETUA – KELAS PALING CERIA DAN KONDUSIF BULAN OGOS
4 AKIK 2 (GURU : PN. ZAINAB BINTI HARUN)

PIALA PENGETUA – KELAS CEMERLANG KEHADIRAN 100%
                5 ALPHA (GURU : PN.WAN KAMARIAH BINTI WAN OMAR)

Wednesday, 14 September 2011

SELAMAT DATANG TUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BAHARU

Setelah kekosongan kerusi PKP selama sebulan, kini warga SMKSI bersyukur kerana kita didatangi PKP baharu iaitu EN. ROSDI BIN MAT pada 14 SEPT 2011. Bekas PKP SMK Pintu Geng. Masih muda dan tampan orangnya. Selamat Bertugas di SMKSI dan menjadi warga SMKSI.



BICARA PECUT PMR 2011

Pada 14 SEPT 2011, sebagai langkah bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan 3, SMKSI telah mengadakan Program Bicara Pecut PMR 2011. Ibu bapa atau penjaga telah dijemput ke sekolah bagi membincangkan langkah-langkah sebaik mungkin untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir.





Wednesday, 24 August 2011

Gotong Royong Perdana 24 Ogos 2011




Molek sikit awe....ado cewe kan



Gonyoh mek gonyoh


Nanti lepas sekolah aku nak jadi jong bekki kipas la.....


Aduh......berat ni cikgu.......tolong la....







Ore lain nyadak tuak poso-poso ni. Aku nyadak sapoh.....timbun-timbun.

Ai boleh wak balik buat gok ayam ni........

Sapa nak beli kertas-kertas ni.........

Eeee........Aku telan batu-batu ni kan!